BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 2, 2009

Hari Terbuka & Hari Keusahawanan

Sabtu, 4 Julai 2009, hari terbuka, hari yang mendebarkan untuk semua pelajar smk convent muar. Mesti ramai yang kecut perut memikirkan apa yang akan dibincangkan antara guru kelas dengan ibu bapa nanti.

Ada gak pelajar yang awal2 dah tanya, "apa yang cikgu nak cakap dengan mak ayah saya nanti?".
Jawapan yang ringkas dr cikgu2, "ada la...", ada cikgu yang jawab "rahsia!".

pendek kata, kalau pelajar berkelakuan baik, prestasi membanggakan, sopan, mesti la komen cikgu pun yang baik2 je... tapi kalau nakal dan prestasi menurun, pasti perbincangan tu nanti berkait dengan usaha untuk berubah ke arah kebaikan. itulah tujuan hari terbuka, supaya guru dan ibu bapa dapat berbincang.

hari yang sama, ada beberapa gerai yang akan dibuka sempena hari keusahawanan. ada yang jual makanan, ada juga yang jual barangan-barangan kering. Yang menariknya, semua tenaga kerja terdiri daripada guru2, para pelajar dan kakitangan convent muar. pelajar2 boleh la berlatih jd usahawan muda... Go Girls...!!!

So, sama2 lah kita semua warga convent muar menjayakan aktiviti yang telah di atur dan semoga semuanya dapat berjalan dengan lancar.